PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA 2013
Tahun
2013 merupakan ulang tahun Ke-12 bagi Pertandingan Kepenggunaan sempena
Hari Pengguna Malaysia yang dianjurkan oleh FOMCA dengan kerjasama
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sejak tahun 2002.
Sambutan
orang ramai terhadap program ini telah meningkat tahun demi tahun. Ini
dilihat daripada jumlah penyertaan yang meningkat setiap tahun. Atas
sokongan orang ramai, Pertandingan Kepenggunaan sempena Hari Pengguna
Malaysia ini telah berjaya mencatatkan sejarah apabila FOMCA menerima
sijil pengiktirafan “Penyertaan Terbanyak Pertandingan Kepenggunaan”
daripada Malaysia Book of Records pada tahun 2010.
Pertandingan
Kepenggunaan pada tahun 2010 telah mendapat penyertaan sebanyak 61,044
iaitu tertinggi semenjak pertandingan ini diadakan pada tahun 2002. Pada
tahun 2012, FOMCA sekali lagi berjaya mencatatkan sejarah apabila FOMCA
menerima sijil pengiktirafan “Penyertaan Terbanyak Pertandingan
Kepenggunaan” daripada Malaysia Book of Records sebanyak 116,294
penyertaan secara keseluruhannya sekaligus memecahkan rekod penyertaan
pada tahun 2010.
Pada
tahun ini, FOMCA menawarkan hadiah wang tunai yang berjumlah RM220,000
untuk dimenangi. Semua peserta yang menyertai pertandingan kepenggunaan
akan diberikan Sijil Penyertaan. 11 jenis pertandingan kepenggunaan yang
akan dipertandingkan pada tahun ini adalah seperti berikut :-
- Pertandingan Mengarang Esei Kepenggunaan (5 Kategori)
- Pertandingan Melukis Poster dan Mereka Bentuk Poster Grafik Kepenggunaan (5 Kategori)
- Pertandingan Melukis Kartun Kepenggunaan
- Pertandingan Blog Kepenggunaan (2 Kategori)
- Pertandingan Fotografi Kepenggunaan (2 Kategori)
- Pertandingan Buku Skrap Kepenggunaan
- Pertandingan Video Montaj (2 Kategori)
- Pertandingan “Speak Up” (2 Kategori)
- Pertandingan Mewarna Kepenggunaan
- Pertandingan Anugerah Penyertaan Terbanyak Peringkat (2 Kategori)
- Kempen Penjimatan Air ‘MyWater’ (2 Kategori)
Kempen
Penjimatan Air ‘MyWater’ merupakan pertandingan baru yang diperkenalkan
pada tahun ini. Pertandingan ini diadakan dengan tujuan untuk memupuk
kesedaran, dan seterusnya mendorong kepada perubahan sikap yang lebih
positif terhadap penjimatan air dalam kalangan pelajar sekolah.
Di samping itu, ia dapat membantu sekolah dalam mengurangkan penggunaan air dan seterusnya meminimumkan kos bil air
di sekolah. Berikutan peningkatan isu-isu perubahan iklim yang
mempunyai hubung kait dengan sumber air di Malaysia, pertandingan ini
dilihat amat bersesuaian dan sedikit sebanyak dapat membantu negara
dalam penggunaan air yang lebih efisyen. Selain itu, pelbagai aktiviti
promosi juga akan diadakan bagi menggalakkan penyertaan pertandingan.
- Ceramah Kepenggunaan di sekolah dan IPTA/S
- Pertandingan Mewarna di sekolah rendah
- Pertandingan Mewarna di Pasar raya Giant
- Pertandingan Mewarna di Komuniti
Acara
kemuncak bagi pertandingan kepenggunaan ini merupakan Majlis
Penyampaian Hadiah Pertandingan Kepenggunaan 2013 yang diadakan di
tempat yang akan ditentukan kelak. Pelbagai aktiviti sampingan turut
diadakan seperti Pertandingan Mewarna Akhir Kanak-kanak dan dewasa,
gerai pameran, demonstrasi dan sebagainya.
Pada
tahun ini, Pertandingan Kepenggunaan turut mendapat sokongan daripada
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & kepenggunaan
(KPDNKK), Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Standard Malaysia.
FOMCA juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak korporat
yang telah banyak menyokong aktiviti-aktiviti pendidikan kepenggunaan
yang dijalankan oleh FOMCA.
FOMCA
berharap Pertandingan Kepenggunaan pada tahun ini akan menjadi lebih
meriah dengan lebih banyak penyertaan daripada orang ramai.
Sekian terima kasih
Datuk Dr Marimuthu Nadason
Presiden FOMCA
Presiden FOMCA

No comments:
Post a Comment